Karier Heather Morris

Penampilan ketara Morris yang pertama adalah pada tahun 2006 dalam So You Think You Can Dance musim 2.[4] Morris secara aktif mengejar karier dalam tarian dan telah dilatih tarian jazz. Kejayaan besarnya datang pada tahun 2007 melalui Beyoncé. Morris merupakan salah seorang penari sandaran Beyoncé ketika jelajah dunia The Beyoncé Experience dan[5] susulan itu beliau bekerja sekali lagi bersama Beyoncé dalam jelajah promosi mini "Single Ladies (Put a Ring on It)" termasuk persembahan pada tahun 2008 di Anugerah Muzik Amerika,[6] Saturday Night Live,[7] The Ellen DeGeneres Show, Today,[7] dan Total Request Live. Beliau juga menari sandaran untuk Beyoncé dan Tina Turner di Anugerah Grammy ke-50 pada tahun 2008.[8][9] Beliau kemudiannya muncul sebagai peranan kecil dalam Fired Up dimana beliau berjumpa koreografer, Zach Woodlee. Susulan filem itu, Woodlee membawa Morris untuk menari di rancangan lain yang dikoreografi oleh beliau termasuk episod Eli Stone dan Swingtown, filem Bedtime Stories dan akhirnya Glee.[10]

Glee

Morris di Comic-Con Antarabangsa San Diego, Julai 2010

Morris mengambil kelas lakonan dan secara aktif mengejar karier lakonan ketika beliau diminta oleh Woodlee untuk mengajar koreografi tarian "Single Ladies" kepada pelakon-pelakon Glee. Pada masa yang sama, siri itu sedang mencari pesorak ketiga dan Morris kemudiannya mendapat watak Brittany.[7]

Peranan Morris menjadi lebih menonjol semasa sembilan episod terakhir musim pertama dan berikutan sambutan yang sangat positif terhadap karakternya, ia dinaik pangkat kepada watak tetap semasa musim kedua .[11] Pada Jun 28, 2013, ia telah dilaporkan bahawa Morris tidak akan kembali sebagai watak tetap dalam musim kelima Glee.[12] Walau bagaimanapun, Morris menyambung wataknya untuk episod keseratus siri itu dan episod terakhir musim kelima. Morris juga muncul dalam lima episod musim keenam dan terakhir siri itu termasuk episod terakhir.

Rujukan

WikiPedia: Heather Morris http://www.dailymotion.com/video/x4suam_tina-turne... http://www.dailymotion.com/video/x88t75_beyonce-ti... http://www.dancespirit.com/articles/2583 http://ausiellofiles.ew.com/2010/04/27/glee-promot... http://www.fitnessmagazine.com/workout/real-plans/... http://www.imdb.com/name/nm3529987/ http://www.mybuffalo.com/_Young-Entertainers-Get-a... http://www.news-de-stars.com/glee/glee-la-vie-des-... http://www.people.com/article/heather-morris-taylo... http://www.realitynewsonline.com/cgi-bin/ae.pl?mod...